~ Jangan Tegur ~

>> Monday, April 13, 2009


Actually lepas saya gi PC Fair 2009 saya rasa mcm nak perpoya-poya lagi.. so saya rasa mcm nak tgk wayang plak.. macam meroyan je rasanya.. so saya pecut ke Jusco Balakong Cheras plak.. memula ingatkan nak tgk wayang kat KLCC je tapi bila mengenangkan kat sana ramai yg bercouple, yang muda-mudi.. so saya pecut jelah ke Balakong plak.. saya call sana katanya citer yg saya nak tgk ni start ku 3.30 petang.. so sempat kan.. memang seramlah citer ni.. lagipun saya nak sokong industri perfileman melayu kan.. kiranya rugi beli tiket wayang RM 10.00 coz asyik tutup mata je ... hikkk..hikk..hikkk

So uollss bacalah sinopsis Filem JANGAN TEGUR ni ya...

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.
Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.
Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.

5 comments:

Ciklinn April 13, 2009 at 2:17 PM  

rasa mcm nak tgokk... tpi manalak nak letak dua hero nie... huhuhuh

zAnNa@mAMaBaTriCE April 13, 2009 at 3:09 PM  

salam
best erk citer tu...hu hu hu
nie kalu nak tengok nie, kena gi ngan kengkwn ler gamaknyer...nak ajak laling hubby tengok citer2 melayu ni....mmg jawabnye TIDAK ler...he he he...

RaFFLeSiA MeRaH April 13, 2009 at 3:21 PM  

takat ni aku x berani lagi nk nengok citer seram2 kat panggung, aku bimbang aku x mampu duk sorg2 dlm umah pastu...hikssss.....

attyfir April 13, 2009 at 3:54 PM  

akak..ade ajak..tgk citer ni..

Erin Rashid April 14, 2009 at 6:09 AM  

ina nmpk best la citernya
takut gak kalo sepanjang citer tuh gak nnt saya tutup mata
hahahah..
leh tak tlg citer kan kesudahannye?
jwbkan la segala persoalan2 tu
saya nk tgk cmner kt sini?
huhhu...