~ Antara Berita Gembira & Berita Sedih ~

>> Wednesday, April 15, 2009

BERITA GEMBIRA


NUR Asilah Ibrahim berkongsi kegembiraan dengan Pakar Embrio, Zoe Lau Lok Hian (kiri) selepas berjaya melahirkan anak yang sihat melalui proses IVF di Pusat Perubatan Mahkota, Melaka, semalam. –Utusan Malaysia

MELAKA 14 April – Penantian selama tiga tahun untuk mendapatkan cahaya mata begitu lama dirasai oleh pasangan suami isteri, Nur Asilah Ibrahim, 39, dan suaminya, Zainuddin Ismail, 36. Bagaimanapun mereka tidak pernah putus asa dan cubaan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) di Pusat Perubatan Mahkota (MMC) di sini pada tahun lalu, akhirnya membuahkan hasil. Pada 6 April lalu mereka dianugerahi cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Rayyan dengan berat 2.7 kilogram. Nur Asilah dan suaminya yang berasal dari Lubok China dekat sini merupakan pasangan yang ke-400 berjaya menimang cahaya mata melalui program IVF yang diperkenalkan oleh MMC sejak Julai tahun 1997.
Pasangan itu menggunakan program IVF pada 27 Ogos tahun lalu setelah didapati tidak boleh hamil secara semula jadi. Menurut Nur Asilah yang juga seorang suri rumah, dia sangat gembira kerana akhirnya berjaya memperolehi cahaya mata selepas hampir setahun mencuba pelbagai rawatan termasuk kaedah pil. ‘‘Setelah hampir setahun mencuba pelbagai kaedah rawatan, akhirnya usaha kami untuk mendapatkan zuriat berjaya juga. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada MMC yang bertungkus lumus membantu kami,” katanya ketika ditemui di MMC di sini hari ini. Sementara itu, Zainuddin berkata, kelahiran Muhammad Aisy Rayyan menyerikan lagi hidupnya suami isteri.
BERITA SEDIH



Inspektor Mustafar Che Jaafar bersama Penyelia Jururawat Hospital Pekan, Rosnani Zainuddin melihat bayi yang dijumpai seorang pelajar di pondok bas, di Taman Pelangkah, Pekan pagi semalam. Pelajar itu berkata, ketika menghampiri pondok menunggu bas kira-kira jam 6.30 pagi beliau terdengar bunyi tangisan dari bawah tempat duduk pondok berkenaan dan dia terkejut apabila ternampak bayi lelaki berbalut kain lampin dan dikerumuni ribuan semut. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi seberat 3.05 kilogram itu.

12 comments:

Ibuhani April 15, 2009 at 7:47 AM  

itulah dia manusia.....Ina...sabar ye....

RaFFLeSiA MeRaH April 15, 2009 at 7:56 AM  

kalau dah rezeki kita x kan ke maner.....

ima shhs April 15, 2009 at 8:11 AM  

Itulah lumrah kehidupan manusia....

Yg tiada gundah gulana dan berduka, yg payah mndptkannya keluh kesah, penat lelah berusaha....

Yg ada diabaikan begitu saja, yg mudah dibuang merata-rata, tak mengenal dosa...

Pedih hati melihat kawan berduka...

AbQar|'s April 15, 2009 at 8:54 AM  

Hidup, Mati, Jodoh, Rezeki nih semua hak Allah...kita tak mampu buat apa2..sbb itu bukan hak kita..akak di uji dengan lambat di berikan rezeki zuriat...siapa tahu hikmah di sebaliknya nnt...mungkin rezeki akak nnt akak terima seorang anak yang membuatkan akak bahagia dunia dan akhirat...apa guna klu beranak..tp anak tuh nnt menambah jumlah setan2 bertopeng manusia di dunia nih..huh..emosi lak aku...kwang3x

SyaNa April 15, 2009 at 9:10 AM  

eeeiiii..geramnye...org len susah nk dpt anak bleh plak dia buang suke2...

sabar ye ina..sama2 kite berchaiyokk

Aslina April 15, 2009 at 9:47 AM  

remind me about something...
huhu...

sedih gak ah...

m@m@yAyA April 15, 2009 at 10:07 AM  

xpela kak rzeki kita ada 1ari nti..

diniedinar April 15, 2009 at 11:01 AM  

dinie sakit hati baca pasal buang2 bb ni..nyawa dibuat cam sampah je! tu lah org kt skrg dah akhir zaman..

shiemz April 15, 2009 at 1:22 PM  

Syiok kan mcm tue... org yg nak anak, x dpt.. yg dah ade anak dibuang merata2... xde keperimanusiaan.... xpe kak, shiem doakan akak cepat2 dpt anak.... :D

CuTeMiUt78 April 15, 2009 at 1:36 PM  

insyallah satu hari tiba masanya gak.. sabar ya

Erin Rashid April 16, 2009 at 4:40 AM  
This comment has been removed by the author.
Erin Rashid April 16, 2009 at 4:41 AM  

realiti putaran dunia
semoga ina tabah mengharungi hidup di dunia
semoga ina dikurniakan anak spt yg diimpikan..
amin!