PRA HONEYMOON

>> Saturday, May 30, 2009

Huhuhuhuhu.... hari ni aku akan ke Melaka.. aku nak bercoti bersama En Hubby... Honeymoon di Everlyn Hotel, Melaka...( betul ke spelling aku ni ) lantakkkkkk....kiranya ni pra honeymoon aku.... ceh wah...
takdelah.. sebenarnya.... kebetulan ada kenduri kahwin kawan En Hubby.. so aku pun gedik gosok En Hubby tido hotel... mujurlah dia nak dgr ckp bini dia ni...... camtulah sayang..... minggu depan kita bercoti lagi ekkk.... kan birthday sayangggg... kan..kan...kan....
So nantikan citer aku ekkk..... eermmm perasan ekk mcm ada plak yg sudi dgr citer aku ni...
lantakkkk.. sudi tak sudi aku nak citer gak... huhuhuhu

Read more...

Si Kecil Takut mandi?

>> Thursday, May 28, 2009

Pernah tak uolss dgr citer ni?... hahhhhh.. ni saya nak kongsi sikit Tip apabila si kecil anda takut mandi... Maklumlah perangai anak-anak ni berbeza-beza. jadi sekiranya, si kecil anda tergolong dalam kategori tidak suka air ataupun tidak suka mandi anda pasti berdepan dengan masalah setiap kali untuk membawanya ke bilik air....

Kenapa si kecil takut air?

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, memang terdapat sesetengah anak-anak yang tidak suka mandi namun ada gak yg suka...kalau mereka mengalami pengalaman manis sewaktu mandi so takde hal lah kan.. tapi kalau yg melalui pengalaman buruk atau senang kata asyik kena marah je bila nak mandi tu yg troma tu.... Justeru anda elakkan marah, memaksa atau memukulnya jika mereka enggan mandi... sebaliknya biarkan dia bermain dengan air...kerana mengikut satu kajian yang dilakukan.. kanak-kanak yg suka bermain air adalah seorang yg bijak...

Jika ada dikalangan anda yang mengalaminya... so tip untuk mendidik anak anda di bilik air ialah :-

1. sediakan kelengkapan mandi yang disukai seperti syampu, sabun dan tuala kecilnya. Pilih yang berbau straberi atau ada gambar kartun kegemarannya.

2. Ajar si kecil mandi tanpa menakutkannya. ( gunakan pancuran air dengan kelajuan yg rendah)

3. Latih si kecil mandi sendiri sambil memantau.

4. Ajar sikecil bagaimana membuka paip dan menutupnya kembali.

5. Latih si kecil memberus gigi, memakai sabun, syampoo dan sebagainya.

6. Akhir sekali ajar anak anda mengelap badan dan rambut mereka sendiri...

So itulah saja ilmu yg dapat dikongsi bersama uollss... ingat ya... jgn marah bila anak anda suka bermain dengan air... huhuhuhuhuhu...............

Read more...

AMALAN YANG BAIK SEBELUM TIDUR



Pagi ni masa saya tgk jengah blog member-member, saya tertarik plak dengan blog wanida ni..


Amalan sunnah yang baik sebelum tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu:


1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"Rasulullah saw tersenyum dan bersabda :


1) "Sebelum engkau tidur, bacalah : Al Ikhlas seolah-olah kamu telah mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Qulhuallaahu ahad' Allahusomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2) Bacalah salawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat kelak.

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma sollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)

3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4) Dan, perbanyakkanlah kamu akan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar (3x)

Sekian untuk ingatan kita bersama. Thanks nida.. pagi ni akak dapat satu ilmu yg baru dari nida...

Read more...

PEMENANG 6609

>> Wednesday, May 27, 2009

Yehhhhhh.............. pemenang bagi contest yang saya buat sempena birthday En Hubby telah pun saya ketahui....

pemenangnya ialah :-

FENUR HAIZUM BINTI HASHIM

DARI KUALA LUMPUR

tahniah.... tahniah... tahniah....

terima kasih Fenur sebab selalu jenguk blog akak..... so nantikan hadiah special dari akak ya...

Read more...

White hair..

Huuuhuhuhuhu... ada yg terkejut tak.. baca tajuk tu.... ni nak citer ni,... yolah kan umur dah meningkat ni kepala pun dah mula tumbuh lalang putih... gatal yg amat... rasa mcm nak cabut je kepala dan cabut satu-satu... huhuhu
tapi masalahnya takleh.. kalau boleh lama dah den buat...
Dulu masa memula uban nak tumbuh anak saudara aku yg ramai-ramai tu rajin cabut... upah je rm 2.00 ke berebut nak buat.... la ni bila they all dah besar panjang.. malas plak nak cabut uban acik ni...... yang uban aku pun satu hal.. awatnya ko tumbuh sekelompok je kat depan nu hahh.... kesan syampoo ke ekkk....
kalaulah ada saloon yg boleh cabut uban memang aku lama dah jadi pelanggan setia kat saloon tu... la ni harapkan En Hubby jelah.. mujurlah En Hubby rajin plak mencabutnya bila aku suruh... tapi kena tgk mood gak lah.. time angin dia malas.. jgn harap nak nak.... so ada tak petua-petua yang boleh mengurangkan uban dikepala aku ni ekkkk.. kalau ada kongsi-kongsilah ya...

Read more...

Manfaat Makanan Organik Untuk Simanja..

Makanan organik adalah makanan yang berasal daripada sumber semula jadi, bersih, segar dan bebas daripada pelbagai unsur bahan kimia bermula dari proses penanaman sehingga pembungkusan.

So antara kebaikan makanan organik ialah :-

1. Lebih bergizi.
Berdasarkan sebuah penelitian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Eropah, buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50 peratus lebih byk antioksida yang berupaya menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung.

2. Rasa yang lebih lazat
Buah-buahn dan sayur-sayuran organik memiliki rasa yang lebih enak daripada makanan bukan organik.

3. Menghalang penyakit
Bayi dilahirkan dengan 200 toksin dan karsigogen dalam tubuhnya. Sewaktu berusia 2 tahun, sebahagian besar kadar toksin mencapai tahap maksimum. Dengan memberi si kecil makanan organik, ia mampu mengurangkan sebanyak 1/6 kadar karsinogen dalam darah. Dan ianya juga berupaya menghalang serangan pelbagai penyakit.

So sebenanya makanan organik ni memang bagus untuk dimakan.. bukan sahaja untuk bayi tetapi kita yg dah dewasa ni pun bagus.. cuma mahal sikitlah kan... so... moh kita ramai-ramai makan makanan berunsur organik ya....

Read more...

Citer seram

>> Tuesday, May 26, 2009

Ok.. la ni aku nak citer seram kat uollss.. sesuatu yg terjadi sewaktu menghadiri kursus Team Building di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan hari tu.... Sebenarnya bukan tempat tu yg problem.. jgn salah sangka... tempat tu memang best.. semua aktiviti lasak ado kek sinu..... setakat nak kuarkan peluh memang sebesen aar peluh kuar... tapi apa yg tak bestnya bila we all diganggu oleh sesuatu...

Kebetulan masa hari pertama tu lepas je pendaftaran pilot kami bawaklah they all gi minum-minum kat tepi pantai... masa dalam perjalanan balik tu... tetiba adalah sekor mamat ni yg merempet tapi tak berapa nak pandai ... kot L ke lesen nye tak taulah kan... masa tu mamat ni nak motong van kami tak lepas sebab depan ada pajero... last-last.. hah ko.. berdentumlah...... putus kaki wa cakap lu.... itulah akibat merempet tak tentu hala... dah belanggo tukan kesian plak we all tgk dia.. terkapai-kapai kat situ... angkatlah gi hospital... masa tu darah jgn ckplah.. byk giler... adolah kat van.. selipar abg pilot yg nolong tu.. baju dia kena darah sikit kan...

settle hantar gi hospital... hari dah malam.. nak basuh van, selipar, baju mana sempat kan.. main letakjelah kat dalam bilik tu hahh...

last-last nak dijadikan citer.. malam tu abg pilot tu diganggu oleh sesuatu... Tetiba sesak nafas dia masa tgh tidur tu.. tercungap-cungap mcm kena hempap katanya... member sebelah katil dia dok nolonglahhhh.... mujur takde apa-apa belaku...lepas tetiba je TV they all buka.. tutup.. buka..tutup... uollss... ee seram plak saya....

masa tu saya tak tahu apa-apalah... saya doklah tidur sesorang kat bilik.. mujur gak takde apa yang berlaku pada saya masa tu...

Lepas tu esoknya... abg tu heboh duk citer ngan org lain.. masa tu saya caya tapi mcm tak caya... tapi seram gaklah... last-last malam tu saya angkut bantal semua tumpang tido ngan peserta ... biasalah saya kalau dah penat .. letak kepala tak ingat apa dah... bedengkur bagai.. hantu pun takut ngan saya kot... huhuhuhu

So malam kedua tu... member saya plak pompuan kena kacau... masa maghrib tu dia tgh baring kat katil ... tetiba laci sebelah katil dia boleh terbuka... katanya lahhh.. tak tahulah betul tak betul... lepas tu malam masa nak tidur tu.. dalam kul 2 pagi tu katanya... tapak kaki dia mcm ada orang cuit.. geli-geli gitu... lepas tu tak habis tapak kaki rambut dia plak kena tarik...bukan tarik kuat tu.. tarik mcm main-main tu... eee seram saya.. selisih kan...masa tu padahal saya ada sebilik ngan dia... member sorang lagi sedar... berpeluk-peluk they all.. saya boleh tidur mati... eeeeee.. malu je...

Hah.. itulah citer seram yang berlaku sepanjang kursus tu... saya mulalah bimbang uolls... last-last my boss datang masa nak beri sijil kepada peserta boleh plak my boss kata 22 jun 2009 nanti tempat ni dipilih untuk buat kursus Team Building siri 2/2009 plak... aduuusssss... cam ner ni... yg seram tu my bos leh kata saya jadi urusetia nanti... waduhhhh... kacau ni... risau ni.. manalah tahu kot-kot makhluk tu tunggu saya plak ekk.... eeeeee selisihnyaa.......na'u zubillah......

Read more...

Hari Gaji

>> Monday, May 25, 2009

Dalam pada aku mood merah ada gaklah ubat penyejuk aku.. nak tahu apa?
huhuhuhuhu..... hari ni gaji rupanya.... seyes aku memang lupa.... wah.. ayat mcm org kayo je ekkk... padahal hampehhhh... bulan ni byk plak aku kena bayo... maklumlah gaji ni aku budget nak buat sesuatu kat En Hubby kesayanganku.... mujurlah sayang nyer birthday awal bulan.... so sehingga kini aku masih tak tahu nak buat kezutan apa.... so kalau uolls leh bantu.... apa salahnya ekk.. nyumbang-nyumbang idea.....

Read more...

~ Sticky Mode ~

N3 lain ada dibawah yerkkk..

Huhuhuhuhu... rasanya saya tak pernah buat contest ke.. apa ker kan... la ni baru nak belajar buat plak... oklah sempena dengan birthday En hubby pada 6 Jun 2009 ni saya nak umumkan disini bahawa jika uollss pengunjung ke 6609.... saya dengan berbesar hatinya akan memberi hadiah ...

Apa yang perlu anda lakukan ialah :-

1) Print screen dan emailkan kepada saya ya...
2) Alamat email saya ialah : azlina_1976@yahoo.com

Moh ramai-ramai amik hadiah... huhuhuhuhuhu....

Read more...

Minggu yg paling bz

Hari ni aku rasa aku bz beno... seyes aku ckp aku bz... sebab kursus yang aku kena handle berturut-turut bulan ni... mana nak fikir cari peserta, booking hotel, tak masuk lagi yg tolak tak mau hadir.. dah jenuh cari pengganti plak... adusss... takpelah dah memang kejer aku gini kan... bukan nak bebel... cuma aku nak luahkan je.. kot ada yang sudi kongsi masalah dengan aku... tapi sehingga hari ni mood merah aku masih ngelip... dalam kepala aku asyik berfikir je tang tu.... aaargghh nape hati dan perasaan aku cam ni.... apa yang patut aku buat.........

Read more...

Mood Merah

seyes aku ckp.. hari ni aku tahap gaban skit... mood yg panas... kalau nak beri contoh mcm citer kartun ultraman tu.. colour merah kat dada dah ngelip-ngelip dah.. tak tahulah sapa yg kena dengan aku hari ni... memang hari ni aku marah-marah-marah yg amat..... sori ekk kawan-kawan.. hari ni tak berapa nak betul sikit otak aku..... perasaan marah yang melampau... aku rasa nak gi serang je tapi bila difikir dah mutamad.. aku berfikir sejenak.... tapi yang jadi masalahnya nape aku? why? tell me why?

Read more...

Keputusan Temuduga

>> Saturday, May 23, 2009

Dengan ini nak maklumkan bahawasanya saya GAGAL dalam temuduga yang saya hadiri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tempohari... so.. ayat standard ialah.. ada hikmah disebaliknya.... huhuhuhuhuhu.......................

Read more...

Citer petang jumaat

>> Friday, May 22, 2009

Errmm saya baru je balik dari PD.. letih sgt.. sebab maklumlah nama pun Kursus Team Building... so tentulah aktiviti byk sikit kan... letihnya bukan main... seronok kursus ni tapi yang tak seronoknya.. ada sesuatu telah berlaku disepanjang kursus... nak tahu apa yang berlaku tunggu ekkk... hari ni.. esok.. dan ahad.. penyakit malas dah datang... so nak gunakan waktu yg ado untuk berehat.... yang penting nantikan citer seram yang akan diwarkan...... tungguuuuuu.....

Read more...

Idea

>> Wednesday, May 20, 2009

Tak lama lagi birthday En Hubby...
6 Jun 2009..
hebat tu.. birthday dia satu Malaysia cuti umum... huhhhuhuhhu..... perasanlah tu.....
so pada tarikh tu saya rancang mcm nak celebrate kat Port Dickson je...
nak booking Tiara Beach Resort....
tapi yang jadi masalahnya..
saya dah ketandusan idea dah....
maklumlah dah 6 tahun bersama..
tak tahu nak beri hadiah apa lagi....
baju dah.. jam dah.. perfume dah.. wallet dah... kasut dah... percutian dah.... handphone dah... apa lagi ekkkk... buntu dah ni... menci..menci..menci.....
adohaiiiii....
Leh tak uolls beri idea pada saya nak beri hadiah apa?
dan kalau boleh dan celebrate cam ner...
kalau boleh nak buat kejutan sikitlah....
tapi cam ner ekkk...
adusssss.....
tolong ekkk uolllsss...
beri idea....

Read more...

Berdebar-debar

>> Monday, May 18, 2009

Uollss ingat tak dalam N3 sebelum ni saya ada citer yang saya gi temuduga kenaikan pangkat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur... kalau uoollss nak tahu sepatutnya resultnya akan keluar pada 11 Mei 2009.. tapi entah apa silapnya result ditunda ke 22 Mei 2009 plak.... maknanya dalam minggu ni kan..... ikutkan hari jumaat.. tapi ada member yang gi gak temuduga tu kata sebelum jumaat akan keluar... adusss.. berdebar-debar plak rasa....

Sehingga kini saya lum dapat apa-apa petanda atau mimpi pun.... sebab kalau uoollss nak tahu.. setiap kali saya nak dapat berita gembira biasanya saya akan dapat mimpi berkenaan kepala saya.. rambut saya atau apa-apalah janji bab kepala ... huhuhuhu....

Nak tahu tak... sebelum ni... saya mimpi kepala saya penuh dengan tahi... last-last rupanya petanda saya dapat kejer... lepas tu saya mimpi rambut saya panjang... rupanya saya lulus exam ... mcm-mcm tau.. pernah gak saya mimpi kepala saya penuh dengan kelemumur, kutu, ulat... last-last dapat berita saya dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.... kelakar kan...

Tapi takpelah... saya pun dah ada kejer tetap.... kalau dapat naik pangkat syukur... kalau takde rezeki..... saya bersyukur dengan apa yang saya ada... so... insyaalah uollss kalau ada berita gembira saya akan kongsi dengan uollss.. ok.....

Read more...

Agenda minggu ni

minggu ni saya takde opis lagi.. bz ngan team building plak kat Pd... kalau nak ikutkan malas dah.. tapi bila dah memang keje kena cam tu so redha jelah... entah naper semenjak aku pindah pejabat ni aku kureng puas hati dengan kejer aku.. sungguh tidak puas... aku rasa idea aku, kejer aku sungguh terbatas... tapi nak buat cam ner kan.. dah jadi kuli.. memanglah takde siapa nak kongsi idea ke apa kan... tapi takpelah..... buatjelah seperti diarahkan... kena sedar diri kan jawatan kita apa.... huhuhuhuhuhu.........

Read more...

Lawatan ke Menara Berkembar KLCC

>> Thursday, May 14, 2009

ok.. nak sambung citer saya gi lawatan ke Menara berkembar KLCC.. berapa ramai dinatara anda semua rakan-rakan blog saya yg dah pernah naik menara berkembar Petronas ke tingkat 41 dan 42 tu?.... eerrmmm kalau ada baguslah tu.. tapi kalau lum.. meh dekat sikit saya nak citer ni... huhuhuhuhuh...

Sebenarnya saya dah banyak kali naik.. maklumlah saya kan dulu kejer Tourism Malaysia so memang selalu lah dapat naik tempat-tempat yg menjadi kebanggaan rakyat malaysia ni kan... So bila saya pindah ke pejabat baru ni.. saya pun gunakanlah kuasa yang ada untuk membawa peserta integrasi saya untuk naik ke Menara Berkembar KLCC tu...

Kalau uolls nak tahu untuk naik ke sini kita kena buat surat appointment.. kalau tak kita kena beratur seawal jam 6.30 pagi hinggalah jam 8.00 pagi kaunter tiket tu dibuka... sebab seawal jam 6.30 pagi tu ramai pelancong dah beratur panjang untuk dapatkannnya.. sebab sehari hanya 1000 orang saja yg dibenarkan.....

time saya tiba tu lebih kurang jam 2.00 petang.. ramai lagi tourist yg datang nak amik tiket percuma tu untuk naik ke Twin Tower tapi nilah hasilnya......



ok sebelum kami naik tu kami ditempatkan disatu sudut untuk melihat penerangan dan persembahan 3D berkenaan sejarah tertubuhnya Twin Tower ni.... semua kena pakai cermin mata golap.... huhuhuhuhu.... melaram acik......














Lepas tu baru kami dibawa naik lift yg memang laju giler.. lupa plak berapa tingkat bersamaan dengan berapa minit ekk... tapi memang lajulah......

Then sampai kat sana kami diberi taklimat tentang sejarah pembinaannya... lepas tu kami dibenarkan mengambil gambar dan merasai pengalaman menyeberanginya selama 15 minit jer...... yg pasti yg saya ingat ialah Tun Dr Mahathir Mohamad opisnya di tingkat 36 manakala pengerusi Petronas ditingkat 38.. itu jo yg saya ingat.... yang lain-lain tu hampeh nak ingatnya walaupun dah byk kali naik... huhuhuhuhuhu... buta sejarah ekk ....


Apapun saya memang berbangga kerana Jasa Y.Bhg Tun byk memperkenalkan Malaysia di mata dan peta dunia.....harapan sebagai rakyat Malaysia.. lupakan sengketa.. bangkitlah wahai rakyat Malaysia.. sama-sama bangunkan negara.... binalah kemajuan-kemajuan sepertimana Y.Bhg Tun lakukan....huhuhuhuhuh......boleh gitu... ayat komunikasi pembujukan... huhuhuhuhu............



Read more...

Cara menambah & Mengekalkan Susu Badan

>> Wednesday, May 13, 2009

huhuhuh tgk tajuk kat atas ngalahkan orang dah beranak penak ek... padahal satu pun tak kuar lagi..........Tapi takpe.. ilmu yg ado kena kongsi-kongsi kan... jgn kedokut ilmu mak saya saya pesan... huhuhuhuhu........

Ok.. saya ada terbaca dalam majalah baru-baru ni.. dia kata Susu ibu adalah pembekal khasit terbaik untuk tumbesaran bayi. Atas sebab itu, setiap ibu-ibu disarankan memberi penyusuan ibu secara efektif dan eksklusif sehingga usia bayi mencecah enam bulan ke atas. Selain membekalkan khasiat, susu ibu juga berupaya mencegah serangan penyakit serta meningkatkan daya ketahanan bayi melawan penyakit.... Hah.. itu baru intro tu..........

ok... bagi yg menyusukan anak.. ibu-ibu harus berada dalam keadaan rilex.. keranan apabila

ketegangan boleh menghalang refleks... kena reat secukupnya dan digalakkan tidur pada tengahari... kerana ia akan meningkatkan bekalan susu pada awal petang...selain itu, tangguhkan kerja yang berat dan elakkan senaman yang terlalu menggunakan tenaga. walaupun anda sangat bertenaga dan cergas, namum aktiviti ini akan menggunakan kalori dan dipercayai meningkatkan kandungan asid laktik dalam susu. Minumlah byk air dalam kehidupan seharian...

So... sempena hari ibu ini juga saya rasa tips ini sesuai untuk anda berstatus ibu....

Read more...

Benarkah wanita Berkahwin Malas Jalin Hubungan Intim?



Benarkah usia pernikahan yang panjang menyebabkan wanita makin malas menjalinkan hubungan intim?

Dua pertiga wanita usia 30 tahun masih memiliki ghairah yang tinggi untuk menjalinkan seks. Tetapi setelah empat tahun pernikahan, jumlah tersebut menurun hingga separuh. Setelah beberapa tahun bernikah dan semakin percaya pada pasangannya, wanita lebih senang bergandingan tangan atau berpelukan, berbanding menjalinkan hubungan seks dengan penuh ghairah.

saya tertarik nak berkongsi pandangan dengan uollss tentang isu ini....saya perolehi didalam satu artikel majalah baru-baru ini. .....so............. apa komen uolss....

Read more...

~Ibu Kesayanganku~

>> Tuesday, May 12, 2009

Minggu ni ramai yg buat N3 Hari Ibu kan... so saya pun nak amik kesempatan gak nak enterprem kat blog ni wajah ibu kesayanganku..
nilah ibu saya...


namanya Maimon bt Jaafar. Umurnya tahun ni dah 70 Tahun... inilah ibu yang membesarkan kami 14 orang adik beradik.. dulu dia kejer sebagai penoreh getah dan sekarang semenjak tahun 1993 dia menjadi surirumahtangga.. 30 Mei 2007 mak dah jadi balu.. abah dah meninggal sakit tua..sekarang mak duk sorang tapi bila malam abang bawa mak tidur umah dia.. entah nama mak tak nak gi umah anak-anak yg lain.. tapi kalau sekali sekala mak datang gak umah saya kat KL... tapi untuk tinggal lama dia tak mau.. dia sayang tinggalkan umah kat kg...

Mak ada cucu seramai 40 orang.. yg kecik sekali cucu dia ialah budak bogel tu.. Adam Harith tu...
so sempena hari ibu hari tu saya balik umah mak kat Muar nak meraikan kegembiraan bersama mak tersayang... kami buat makan-makan bersama-keluarga je... masa hari ibu tu... mak dapat 3 biji cake dari adik beradik ku yg lain... oklah... apapun.. yg penting saya terlalu sayangkan mak saya... insyaalah pesanan mak saya akan ingat hingga akhir hayat...

love u mak...

Read more...

~ Lawatan ke RTM ~

Sebelum ni saya ada beritahu yang saya menjadi urusetia Program Integrasi Sabah Sarawak kan.. So kalau uolss nak tahu salah satu dari program lawatan ni ialah melawat RTM... Program ni sebenarnya more to jalan-jalan.. tapi jalan-jalan yang berfaedah le.. sebab they all ni dikalangan orang-orang yang tidak pernah datang ke Semanjung Malaysia..cian kan...so uolls layan jelah gambo-gambo yang sempat saya amik...

Kat RTM ni kalau uolls nak tahu ada Wisma TV, Wisma Radio, IPPTAR, dan IBC


sesi penerangan oleh wakil RTM.. nampak tak background studio tu hijau.. nak tahu nape.. sebab kalau uoll pasan bila baca berita kat tv ada kita nampak mcm-mcm gambar kan.. so itulah sebabnya warna hijau.. sistem digital...


ni plak pedal untuk pembaca berita.. rupanya uolss.. bila baca berita kaki pembaca berita tu kena tekal pedal ni.. untuk jalankan berita di skrin mengikut kelajuan mereka sendiri.. kalau laju tekan lajulah dia baca.. kalau slow maka slowlah dia baca.. huhuh... mcm bawa keter plak...




bila tekan pedal ni skrin depan pembaca berita akan kuarlah mcm ni....

ni plak kamera yang digunakan... byk mak datuk oiii...fening den...


Tgh sakan melawat tiba-tiba nampak plak si Aizat AF ni datang... apa lagi.. sakan le amik gambo.. saya je takde bergambo ngan Aizat.. tapi wehhh... agak kurus gak si Aizat ni tau.. dulu masa kat AF montel sungguh.. menjadi diet dia...


ni plak kalau nak tahu Auditorium Perdana.. kat sinilah selalunya RTM buat zoom in, Bintang RTM, HMI, dsbnya.... boleh muat around 800 org tau..


Ni lampu-lampu yg ado.. byk gilerrrr wehh... kasik fening iteewww teknikal.....huhuhuhuh...




lps tu kami singgah ke Wisma Radio plak.. kat sinilah semua stesen radio di malaysia ada.. cuma radio negeri-negeri je takde kecuali Selangor..
dari lawatan saya.. sebenarnya saya tgk RTM lebih canggih dari stesen lain.. tapi maybe dah terlampau canggih sehinggakan org-org lama tak tahu nak guna cam ner kan.. so tu yang tak dapek nak nolongnya tu... saya harap dengan sisitem pendigitalan nanti RTM akan lebih dikenali...
oklah uoll rasanya itu saja yg sempat diupdate.. ada byk lagi.. tapi.. nantilah kalau ada masa lagi saya akan update ekk... ok cauu dulu...

Read more...

~ Buah Tangan ~

>> Monday, May 11, 2009

Actually tak lama lagi akan tiba musim orang kahwin.. sebab musim cuti sekolah kan.. so saya saje nak kongsi ngan uolls.. bebaru ni member blog saya ada order beg coin ngan saya.... beg ni boleh isi telur rebus atau pun gula-gula sebagai cenderamata..

sekarang kan trend orang beri mcm-mcm kat dalam paper beg kan.. so dari beli benda yang bukan-bukan baiklah beri barang yang boleh digunakan selepas majlis.. betul tak... so saya suggest kat member ni beg coin ni.. so inilah barang tu....dia order 100 pcs ngan saya... huhuhuhu.....

Read more...

~ I'm Back ~

Lama rasanya tak masuk opis... bz ngan program integrasi yang saya maklumkan dulu.. seminggu uruskan they all mcm-mcm pengalaman baru saya dapat... eermm mcm-mcm nak update n3 nak kongsi ngan uollss semua... tapi sabar ekk... akan ku publishkan khas untukmu... huhuhuhu...

Read more...

~Syurga Kain~

>> Wednesday, May 6, 2009

Ni citer hari sabtu dan ahad yang lepas.... saya pernah beritahu kat uolss mak dari kg nak datang KL, En Hubby plak outstation ke Kelantan.. so walaupun En hubby takde saya bawak gaklah mak jalan-jalan sekitar KL ni.. tapi nama je sekitar Kl.. padahal Jln Tunku Abdul Rahman je uolls... mak memang suka gi sana.. kebetulan plak akak ipar nak cari kain dan tudung untuk berniaga... maklumlah kat muo tu fesyen-fesyen ni lambat sikit... dah tu mahal plak kan.. so saya tumpanglah sekaki.. kalau beli borong ni murah dah... setakat tudung ekin yang saya pakai dalam gambar saya lepas-lepas tu saya boleh dapat harga Rm 5.00 sehelai...

Bukan baju je they all borong.. kain utk buat baju pun dia borong gak.. saya pun tumpanglah utk cari baju basahan gi kerja..
Sekarang ni musin kain jenis krip.. memang lawo giler lah.. maaf ekk lupa plak nak amik gambo.. tak sempatlah uolll .. sibuk nak urus program integrasi tu... .. nantilah kalau ada masa nanti saya amik gambo ekk...
Ok.. kain krip tu kan uolls dia letak harganya RM 65-80 sepasang.. kalau beli satu atau dua kan.. paling rendah saya servey dia beri Rm 55.00 tapi.... disebabkan saya beli byk .. dia beri Rm 38.00 sepasang...suka sgt dapat kain tu.. dalam kepala dah terbayang nak buat baju design cam ner... huhuhuhuhuh..............


Mau pengsan woooo tgk kain-kain ni....



ni plak saje nak jaja gambo anak saudara aku.. Adam Harith namanya... amacam hencem tak....

Read more...

~ Takde di Opis ~

>> Monday, May 4, 2009

Hari ni nak habaq kat uolls bahawasanya bermula 03 hingga 09 mei 2009 saya tidak ada di opis ya kawan-kawan.... sesungguhnya saya nak maklum bahawa saya terlibat dengan Program Integrasi Sabah dan Sarawak. Program ni adalah khas untuk staff-staff yang tidak pernah datang ke semenanjung Malaysia seumur hidup they all... cian kan... kalau difikir semula kan.. saya kira beruntung kerana semua ibu negari di Malaysia ni saya dah jejak kaki... walaupun ada gak bandar-bandar dan daerah-daerah kecil yang saya tidak pergi tetapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi...
ok..berbalik pada citer saya tadi... so pada 3 hb saya akan bawa mereka melawat sekitar Kl, Perak, johor dan Selangor... harap-harap they all puas hatilah dengan program yang telah saya aturkan.... huhuhu..... kalau tak puashati memang saya sakit hati giler... sebab saya telah korbankan masa cuti saya bersama mereka....kiranya saya ni sekarang "berkhidmat untuk negara" kan.....

So....Insyaallah, saya akan tulis N3 berkisar program ni dilain N3 ya.....oklah...tunnnnggguuuuu............layanzzzzzzzzzzzzz

Read more...

~Award lagi~

>> Friday, May 1, 2009

Yes... dapat awards lagi... kali ni dari fantaghirolynn... susah beno nak menyebutnya.. actually dia beri saya dua award.. tapi yg satu lagi tu saya dah dapat...time kasi lynn.. semoga tanda ini menjadi permulaan persahabatan kita ya...


si lynn ni mcm tahu plak saya suke durian.. eemmm bestnya....
Oklah.. sesiapa yang nak award ni dipersilakan ambik... hari ni saya bermurah hati nak beri kepada semua orang....

Read more...

~ Selamat Hari Pekerja 2009 ~

Waahhh.. cuti lama 3 hari.. yehhh...yehhhh... hooooreeeyyyyyeeermmm nak gi mana ekkk.... alamak... masalah...masalah.... baru nak ikut En Hubby ke Kelantan ada Program Lawatan
My Mum plak nak datang dari Kg... cam ner niAdusssss... takleh ikutlah ni ekkk..confirmmm tak leh itutttt
takpelah... berkorban demi ibu ku... lagipun bulan mei ni kan Hari Ibu kanSo kalau dia dah datang umah aku takpelah aku bawalah dia jalan-jalan
eermm nak gi mana ekk...
gi Jalan TAR kot.. leh shopping baju raya...huhuhuhu... ayat nak perabih duit...


Yang penting... sebelum tu nak ucapkan
SELAMAT HARI PEKERJA"
sepada semua rakyat Malaysia...dan kepada ibu-ibu yg menjadi surirumah pun sekali yeeek.. sebab anda pun bekerja gak kan... basuh baju, kemas umah, hantar anak gi sekolah..
dengan ucapan... weh siap ucapan tuuuuu...
" bekerjalah dengan ikhlas... walaupun duit penting tetapi bekerjalah dengan penuh amanah, jujur dan berdedikasi...kerana duit yg kita terima itulah jadi darah daging kita, isteri kita, suami kita, anak-anak kita kan...so majunya negara bergantung kepada kita sebagai rakyat Malaysia"....
fulamak...... sadisssss.....caiyokkk......caiyokkk......

Read more...