Manfaat Makanan Organik Untuk Simanja..

>> Wednesday, May 27, 2009

Makanan organik adalah makanan yang berasal daripada sumber semula jadi, bersih, segar dan bebas daripada pelbagai unsur bahan kimia bermula dari proses penanaman sehingga pembungkusan.

So antara kebaikan makanan organik ialah :-

1. Lebih bergizi.
Berdasarkan sebuah penelitian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Eropah, buah-buahan dan sayur-sayuran organik memiliki 50 peratus lebih byk antioksida yang berupaya menurunkan risiko kanser dan penyakit jantung.

2. Rasa yang lebih lazat
Buah-buahn dan sayur-sayuran organik memiliki rasa yang lebih enak daripada makanan bukan organik.

3. Menghalang penyakit
Bayi dilahirkan dengan 200 toksin dan karsigogen dalam tubuhnya. Sewaktu berusia 2 tahun, sebahagian besar kadar toksin mencapai tahap maksimum. Dengan memberi si kecil makanan organik, ia mampu mengurangkan sebanyak 1/6 kadar karsinogen dalam darah. Dan ianya juga berupaya menghalang serangan pelbagai penyakit.

So sebenanya makanan organik ni memang bagus untuk dimakan.. bukan sahaja untuk bayi tetapi kita yg dah dewasa ni pun bagus.. cuma mahal sikitlah kan... so... moh kita ramai-ramai makan makanan berunsur organik ya....

0 comments: