~ Dengkur ~

>> Tuesday, April 21, 2009

Tahukan apa itu dengkur? hah nak habaq kat uollss bahawasanya dengkur tu merupakan gangguan pernafasan yang paling kerap melanda masyarakat tanpa mengira usia dan jantina.
Kalau nak tahu di Malaysia, dilaporkan lebih lima juta rakyat tidur berdengkur sama ada disedari atau tidak. Jumlah itu melibatkan kira-kira 45 peratus kaum lelaki dan 30 peratus wanita yang berdengkur setiap kali mereka tidur. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kita menghadapi gangguan tidur yang sukar diatasi kerana berpunca daripada dengkuran suami atau isteri sehingga kadang kala menjejaskan hubungan intim antara kedua-duanya.

Malang sekali, kebanyakan orang menyifatkan dengkuran hanya sekadar satu kejengkelan sedangkan ia sebenarnya masalah serius yang perlu diatasi segera bagi mengelak penyakit lebih kronik seperti jantung terhenti dan angin ahmar. Konsultan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, Dr. K. Gopalan Nair berkata, berdengkur disebabkan oleh halangan pada rongga hidung apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot akan mengendur sewaktu tidur. “Selain itu, punca lain seperti uvula terlalu panjang, tonsil membengkak dan saiz lidah membesar akibat obesiti juga mengakibatkan gangguan pernafasan ketika tidur. “Lain-lain punca adalah rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi dan keadaan septum membengkok. “Semua keadaan ini mengakibatkan mulut terbuka memandangkan rongga hidung tidak mampu mengawal pengaliran keluar masuk normal melalui hidung.
Mengikut kajian, daripada sejumlah 45 peratus orang dewasa yang kadang kala tidur berdengkur, kira-kira 25 peratus daripada mereka sentiasa berdengkur setiap kali melelapkan mata. Hal ini boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius apatah lagi jika ia mendatangkan gangguan kepada corak tidur dan merampas hak individu itu untuk mendapatkan rehat secukupnya. Bahaya sebenar timbul apabila tabiat berdengkur itu lama kelamaan menimbulkan masalah kesihatan jangka panjang, antaranya Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA boleh mengakibatkan pesakit berhenti bernafas berulang kali sewaktu tidur, kadang kala beratus kali pada waktu malam selama 60 saat atau lebih. “Kombinasi gangguan tidur dan kekurangan oksigen boleh mendatangkan hipertensi, penyakit jantung, masalah ingatan, berat badan meningkat, kemandulan, sakit kepala, cepat marah atau keletihan. “Ini kerana kualiti tidur yang rendah boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja, mengantuk pada waktu siang dan lebih teruk lagi terlelap ketika memandu,’’ jelas beliau. Menurut Gopalan lagi, rawatan untuk mengatasi masalah dengkuran dan OSA berbeza mengikut setiap individu. Terbukti secara klinikal. Beberapa cara mudah untuk berhenti berdengkur adalah mengurangkan berat badan, tidak minum alkohol terutama sebelum tidur, elak mengambil pil tidur dan berhenti merokok.

Rawatan pembedahan seperti Septoplasty mampu membetulkan septum membengkok (deviated septum) yang mengakibatkan gangguan pernafasan apabila tidur. Kaedah rawatan lain pula termasuk penggunaan alatan pergigian khas, pelekat hidung atau sejenis mesin seperti alat bantuan pernafasan digunakan sewaktu tidur untuk menolak oksigen terus ke paru-paru dengan menembusi halangan pada rongga udara. Breathe Right Nasal Strip yang diperkenalkan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) baru-baru ini, bukan sahaja membantu mengatasi masalah berdengkur bahkan membantu melegakan rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi. Pelekat hidung tanpa mengandungi ubat-ubatan itu hanya perlu diletakkan pada batang hidung dengan betul untuk mengembangkan lubang hidung dan meluaskan rongga pernafasan. Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Asia Tenggara, Akhil Chandra memberitahu, produk berkenaan terbukti secara klinikal dalam meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam rongga. “Ia dapat mengurangkan kekuatan bunyi dan frekuensi dengkuran seseorang itu sebanyak 31 peratus dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
“Oleh itu, ia selamat digunakan oleh semua orang termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak serta ideal untuk mereka yang bimbang terhadap kesan sampingan ubat diambil secara oral,’’ katanya. Breathe Right boleh diperoleh pada harga RM6 dan RM12 di mana-mana farmasi seluruh negara.

( sumber : utusan online )

p/s: nak try cari gak ubat ni.. sebab ciri-ciri diatas adalah sewaktu dengannya... hihihihihih

11 comments:

saveme_zero April 21, 2009 at 9:12 AM  

syukur alhamdulillah..daku xde masalah ni..hehehe

Jade April 21, 2009 at 9:27 AM  

hubby ade masalah dengkur gak [bile die penat] tp lucky ade benda ni untuk elak berdengkur..

heheh.. selamat :P

nita April 21, 2009 at 9:42 AM  

opismate akak ramai yg suka bila dengar menda tuk kurangkan berdengkur tercipta..

heheh! depa mmg kuat berdengkur.. malu kat pasangan memasing..!

ima shhs April 21, 2009 at 10:00 AM  

heheheh...jrang ada masalahgini kecuali kalo penat...

Tp masa ngandung dulu mmg ari2 pun dengkur kalo tido...hehehe

~ain April 21, 2009 at 10:29 AM  

saya dan suami adalah pendengkur setia.. hehhe

RaFFLeSiA MeRaH April 21, 2009 at 10:43 AM  

kalau penat, laki aku ckp ader gak bunyi aku dengkur....kalau x, x der bunyi pun...hehehehe....

Ciklinn April 21, 2009 at 11:50 AM  

linn takdo masalah ni..tapi laki linnn..arghhhhh mmg bermasalah... hahhahahha

attyfir April 21, 2009 at 12:00 PM  

kadang2 kita tak pasn..kita tido berdengkur.

weeda April 21, 2009 at 4:42 PM  

saya penah tak tahan dengan opismate yg suka tido dah tu dengkur2..masalahnya time keje..siap buat 1 entry dalam blog luahkan marah kat dia..pastu suruh dia baca..Hahaha..Dia siap emel minta maap..tapi hampeh berubah kejap je pastu sama jer..

Unknown April 21, 2009 at 4:51 PM  

shiem bat mase nie ntah la..x penah lak org tegur... hehhe....

armouris May 2, 2009 at 1:21 AM  

lagi info tentang dengkur kat sini - Dengkur Jejas Kualiti Tidur