Perhimpunan Haram

>> Saturday, March 7, 2009


Balik je dari Family Day KEMPEN 2009, saya dikejutkan dengan satu ensiden yang menakut kan... Jalan sesak tak bergerak-gerak langsung roda keter saya... bermula dari Jalan Mahameru, Jalan Parlimen dan Ke Istana Negara. Dalam hati ni berfikir napelah jadi gini... takkan orang balik kg cuti umum ni sampai teruk jammed nya... selalu ada gak bergeraknya... lepas tu tak berapa lama tu... saya tgk mamat-mamat motosikan boleh patah balik.. sedangkan jalan ni mana boleh patah bali.. pelik-pelik... puas berfikir.. last2 hubby kuar tanya mamat naik motor nape pusing balik...rupanya-rupanya uoolss ... astaga.....
satu perhimpunan haram telah diadakan.... isu Sains dan matematik dalam bahasa inggeris tu uollls... adusss.....ingatkan nape kan...
nak pusing balik tak boleh.. keter dah bersusun.. last-last teruskan jelahh.. Lebih kurang 2 kilometer nak sampai ke Istana Negara tu saya tgk ramai makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik-adik kecil, comel dan yang sedih tu siap ada yg dukung baby lagi tuuu untuk berarak bersama-sama...sanggup they all berjalan dari sogo, dataran merdeka dan seterusnya menuju ke istana negara sambil menjerit-jerit suruh lari coz FRU dan polis betindak meleraikan mereka...Sedihnya saya tgk makcik-makcik dan adik-adik berlari-lari sambil memakai jubah... dalam hati berfikir napelah jadi gitu ekkk... kalau ya pun nape awk bawak anak-anak kecil?... cukuplah kaum lelaki saja... sedih uolll .. semua MELAYU ok... cina, india, bangla dan Indon senyum je tgk dari tepi jalan....nak je saya tanya makcik-makcik tu nape they all bertindak sedemikian?
Entahlah uollsss saya harap sgt.. jgnlah berlaku benda-benda seperti ini lagi... fikir-fikirkanlah...so uolls tegoklah beberapa gambo yang sempat saya ambil ni... tak banyak pic ok.. sebab batery kong...

3 comments:

PuteriSatu March 7, 2009 at 8:43 PM  

hish..petang tadi eh??? orang melayu sekarang dah tak takut apa dah...undang2 pun dilanggarnya....

mama_Lieya March 8, 2009 at 10:34 AM  

ishh sib baek tak gi sogo semlm....

nizza-abira March 10, 2009 at 11:56 AM  

masa pi kl sabtu lepas, niza nampak org berarak ni. Tp mujurlah niza naik train, so terselamat dr kesesakan. Tp tu lah, memang tak suka perhimpunan2 ni. Menyusahkan org ramai tau!!!