Isnin Yang Membosankan...

>> Tuesday, March 3, 2009

Seperti biasa pagi ni aku bangun 5.15 pagi.. kejutkan En Hubby Bangun dan sementara En Hubby Mandi aku memulakan aktiviti seharian aku dengan menggosok pakaian untuk pergi keje. Settle semua aku plak amik giliran membersihkan dan menyegarkan diri sendiri. hihih..

Azan je En Hubby dah ready dah nak berjemaah dengan aku... sejuk hati ni.. memang kewajipan aku setiap pagi akan berjemaah untuk sama-sama berdoa untuk dapat zuriat. Walaupun belum dimakbulkan allah tapi kami akan tetap berdoa dan terus berdoa.. Yang paling best setiap kali berjemaah ni kami akan bersalaman dan En Hubby akan kucup pipi kiri, pipi kanan, hidung, dahi, mulut.. wah gitu.. suka..suka..suka.. hihihi..

6.30 pagi je wajib kami akan keluar rumah untuk ke tempat kerja.. berkongsi keter katakan..aku memang suka berkongsi keter.. kalau time En Hubby gi outstation mulalah aku boring yang amat coz kena drive sendiri sesorang..

Kat tempat kejer plak .. macam biasa.. takde apa yang istimewanya.. cuma hati ni panas sikit pepagi sebab dah 8 bulan aku transfer kat sini still takde printer.. so agak susah nak buat kejer.. Puas call BTM tapi jawapan yang standard adalah ' maaf kak printer takde kat tempat kami" waduh uoolss bayangkan cam ner aku nak buat kejer.. asyik lah gi menebeng kat pc orang tumpang print.. tapi apa nak buat kan redha jelah.. komplain byk-byk kang orang menci plak.. apa pun kejer tetap kena jalan kan...

Dalam tgh hari tu datanglah budak pratikal aku membetulakn printer aku ni.. fuh lega walaupun agak edisi lama tapi aku cukup suka sebab lepas ni aku tidak perlu menebeng kat pc orang lagi.. kini aku boleh print sendiri.. syukur sesangat..

Tapi kan uollsss disangka panas sampai ke petang rupanya ribut di tengahari.. dengar tu uolls RIBUT ok... kenapa ribut sebab printer aku ni bila nak print je bunyinya mcm kapal terbang nak berlepas... sabo jelan kan.. dalam hati ni berkata-kata takpe janji boleh print.. ingatkan boleh print .. tup..tup.. bunyi je kuat satu kertas pun tak kuar dah... subhanallah...

Call semula budak BTM..

aku: - elo.. bole ckp ngan .....
btm:- dia takde kak.. nape ekk
aku:- tak .. print yang akak dapat tadi ni rosak le.. dah le bunyinya mcm kapal terbang nak berlepas.. tup..tup.. kertas tak kuar plak.. leh datang tak tgk..
btm:- takpe kak kejap lagi saya datang
aku :- ok.. ( dalam hati bagus budak ni..)

5 minit kemudian..

btm:- akak saya datang ni... mana pc akak yg rosak tu...
aku:- tu hah.. adik tolong akak yekk.. cian akak dek.. ( ayat power dari aku )
btm: maaflah kak printer ni memang rosak ler... takleh pakai dah...
aku:- ler apasal dah tahu rosak diberi pada aku ek... ( dalam hati ni menyumpah seranah aku.).. tapi apa boleh buat kan...jadi kesimpulannya duk menebeng jelah kat pc orang...


Nilah dia Printer yang bermasalah tu...

Petang plak balik kejer En Hubby membebel sebab dia kena gi bank EON untuk tukar alamat ..En Hubby marah sebab napelah EON tu sengal sgt data base they all tak centralizes.. padahal akaun keter aku, rumah aku semua ngan dia .. leh dia call lagi minta alamat baru... pelik kan? beli rumah sebiji boleh akaun kena buka 3..?

1) EON pandan ( untuk bayaran bulanan rumah )

2) EON Ampang ( untuk bayaran MRTA)

3) EON Cheras ( untuk buku bank EON )

4) EON Balakong ( untuk akaun keter )


boleh gitu.. mana tak mengamuk En Hubby..so aku nilah jadi tempat dia lepas bebel dia tu.. aku diam kan saja.. malas nak naikkan kemarahan dia lagi..( ceh wah..) disebabkan fikiran aku ni celaru memikir byk benda so sesuatu telah berlaku masa maghrib tu.. nak tahu apa..jeng..jeng..jeng...

Nasi yang aku masak dah jadi bubur.. sampai sudah tak kering-kering.. air byk aku sukat.. adusss maaf ya pic tak amik.. kamera habis batery plak.. En Hubby kata kat aku kahwin dah lama plak masak nasi tak tahu lagi... tgk tu uollss betapa lasernya dia time marah kan?.. last2-last dia makan gak bubur nasi tu.. berlaukkan sayur kangkung goreng belacan, ikan goreng dan sambal sardin.. ok gak kan lauk tu.. sesuai ngan bubur nasi aku tu kan.. hihihi..last-last En Hubby memuji plak aku.. sesekali makan macam ni best gak kan honey?... boleh gitu?.. (Baru dia tahu kan?)

So malam kul 8.30 malam aktiviti wajib aku tgk citer anak betong ni ... episod terakhir harus aku tgk kan... best sgt citer ni... Walaupun ada beberapa Scene yang tak berapa nak logik tapi.. aku totap suka tgk citer ni.. sebab aku minat kat pelakonnya..Habis citer ni terus aku lolap sampai ke pagi.. hihihihi

4 comments:

yantz-yeem March 3, 2009 at 4:09 PM  

hai..penerangan gaks ke? bahgian apa? x nmpk muka le....

Puteri Satu March 3, 2009 at 4:11 PM  

aku nak gelak tul baca entry ko ni...memacam hal....

pandai gak ko menulis kelakar gitu ye...wekekekek...

RaFFLeSiA MeRaH March 3, 2009 at 5:22 PM  

wekekekeke.....nasi dah jadi bubur...keyla tu...sesuai utk org nak berdiet tuhhhh...hiksss....

antalya March 6, 2009 at 1:55 PM  

uhuhh mmg printer pesen lama punya ni.patutnya printer camni kena lupus dah