1 Malaysia

>> Wednesday, July 8, 2009

Patriotik tak aku? orang gomen memanglah kena patriotik kan.. oklah aku bukan nak citer pasal patriotik atau ape pun... cuma aku nak kongsi satu pengalaman baru yg aku dapat hari sabtu lepas... Pengalaman per? hah!!!! pengalaman sempena Majlis Perkahwinan staff En Hubby... memang menarik giler wa ckp lu.....

kenapa menarik?
sebab buat pertama kalinya aku menyaksikan sendiri kaum India menyempurnakan majlis perkahwinan they all...kiranya live gitu....

memula aku ingatkan majlis pernikahan mereka kat kuil... rupanya bila aku gi majlis tu they all buat kat sekolah... aku mati-mati ingatkan majlis resepsi ke ape kan.. rupanya majlis pernikahan

Memang bestlah sebab aku dapat rasakan sendiri kelaianan adat istiadat majlis tu... tapikan aku dapat rasakan memang susah giler tau mereka nak menyempurkan majlis tu.. sebab byk sgt benda yang kena dilakukan...kiranya kalau berlaku perceraian pun memang patut pengantin frust giler..

oklah uolss layan jelah gambo yg aku sempat amik ni.. takdelah byk sgt sebab masa tu panas giler... maklumlah dengan bara apinya, asap, baunya, bunyinyer... kan.. so faham-fahamjelah....



ini adalah antara barang-barang wajib yg ado untuk majlis akad nikah tu...
( kelapa, sireh, beras, api, susu, bunga melor, dsbnya )


Masa ni tok kadinya tgh menyaksikan upacara penyerahan anak masing-masing.. mcm baca lafaz gitulah... kalau orang Johor mcm lafaz keluarga sakinah gitu....


Hah ni plak masa lepas je nikah... masa lepas disarungkan rantai warna kuning tu kan... lepas tu pengantin kena berpusing 7 kali keliling api.. setiap kali satu pusingan keluarga terdekat akan hadiahkan duit salam keruk gitu... huhuhu...





ok.. masa ni plak seronok tau..sbb dalam upacara kaum india pengantin kena minta restu dari kedua mertua dan membasuh kaki mertua dengan susu.... lepas tu mertua akan beri pisang dibalut dengan sireh dan beserta duit .. tapi tak tahulah duit tu dipanggil duit per...

lepas settle semua tu.. akhir sekali pengantin bersanding atas pelamin dan semua keluarga terdekat dan tetamu yang datang beri restu pada pengantin dan berilah duit ke hadiah ke kan.. lepas tu pengantin balas beri bunga telur berisi manisan....

malamnya plak majlis resepsi kat dewan.. majlis tu mcm majlis perkahwinan kita juga.. ada acara potong kek, makan-makan dsbnya.. tapi we all tak pegi sebab En Hubby kebetulan ada kejer...

So.. macamana.. seronok kan.... itulah dinamakan 1 Malaysia.... perpaduan kaum.... tul tak....

9 comments:

RaFFLeSiA MeRaH July 8, 2009 at 8:00 AM  

ko gi kenduri kawin keling yerrr...apepun tu pengalaman tu, bukan semua org dpt nengok....

Diarihatiku1976 July 8, 2009 at 8:03 AM  

tulah pasal ... masa tu aku seperti berada di hindustan.. sebab keliling aku semua india ko..

Lea Isnawi July 8, 2009 at 8:31 AM  

seronok gak ek bleh tgk perkahwinan kaum laen

SyaNa July 8, 2009 at 8:56 AM  

best la dpt gak tau kan adat kaum len

mslvoe July 8, 2009 at 11:07 AM  

Rafflesia,
word "k*ling* tu agak sensitif. mane tahu ade org berbangsa india mbaca comment u.

maaf yea sha tegur sbb kurg enak. Peace!

Diari,
seronok gak tgok wedding depa. mcm2 adat kita leh observe.

tasyanadia July 8, 2009 at 2:46 PM  

wah ni kirenye cam pengalamn bru bg sayer nie
hehehehhe..
xpenah tgk org india kawen

Softtouch [Hanim] July 8, 2009 at 3:17 PM  

xpernah tgk secara live diorang nikah2 ni. Selalu tgk kat tv jer..

Diarihatiku1976 July 8, 2009 at 3:35 PM  

itulah uolll.. seronok giler.. teruja.. seba byk sgt adat dan pantang larangnya u....

M@L@ July 8, 2009 at 4:57 PM  

penah gak g majlis org india..tp mcm was2 nak mkn masakan dia...so masa tu tak mkn pon.. bg hadiah duduk kejap tgk lps tu blik...hehehhe