FATHER DAY CONTEST..

>> Friday, June 19, 2009

Ok.. aku pun berminat nak joint contest yang dibuat oleh mamanaja ni... kiranya orang-orang mcm aku ni sesuailah kot.. sebab aku takde anak.. so menghargai orang sekeliling yang ado jelah ek..

anyway aku nak story sikit kisah abah aku...

Nama abah : Hj Abd rahman bin Hj Elias

Umur abah : now 89 ( 2009 )

Tarikh Meninggal dunia : 30 Mei 2008

Citer abah :

Sehingga sekarang aku tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan abah yang membesarkan aku seramai 14 orang adik beradik.. kemiskinan hidup aku dahulu membuatkan abah memberi adik bungsu kami ( anak ke 15) kepada kakak emak aku.... tapi aku tahu jauh disudut hati abah sayangkan adik aku cuma keadaan tidak mengizinkan untuk abah memelihara adik aku yg setahun bezanya dari aku.. Kami sekeluarga dilahirkan rapat.. selang setahun je jarak usianya...

Abah bekerja sebagai penoreh getah.. ..usia aku 15 tahun barulah abah tidak menoreh getah ...sewaktu muda abah, kudrat abah kuat .....abah selalu membuat getah keping.. ini adalah kerana harganya yang mahal.. tetapi setelah usia meningkat tua abah mula tidak larat.. abah hanya mampu menoreh dan membuat getah buku sahaja... walaupun abang dan kakak aku ada juga membantu meringankan beban abah.. tetapi abah sedar mereka pun mempunyai tanggungan mereka sendiri... waktu itu...

ketika usia aku menginjak 15 tahun aku sudah mula pandai berfikir ... aku nekad hendak membantu abah... sebelum pegi sekolah aku akan tolong abah mengutip getah buku untuk dijual.. aku tidak sanggup melihat abah keletihan... waktu itu juga aku aku sudah mula ada peraasaan tanggungjawab... aku tidak sampai hati nak minta duit belanja sekolah pada abah.. tapi abah seorang bapa yg yg bertanggungjawab.. abah tidak biarkan aku pergi kesekolah tanpa wang ditangan...

kini ... teringat lagi aku betapa abah sanggup menghantar dan mengambil aku menaiki basikal untuk aku menuntut ilmu.. pada abah.. ilmu tu penting.. biar miskin harta tetapi kaya dengan ilmu... kadang-kadang abah sanggup berjalan kaki mengambil aku disekolah asalkan aku selamat disisinya...

Jujur aku katakan kisah silamku byk mengajar aku erti kematangan dan berdikari.. walaupun dari kecil kami adik beradik hidup berdikari tetapi aku bersyukur kerana dengan pengalaman itulah menjadi azimat hidup aku sekarang...

walaupun keluargaku tidak berpendidikan tinggi tetapi berkat dari didikan abah.. kami sekeluarga tidak mengabaikannya diwaktu abah masih ada didunia ini... kami sekeluarga selalu balik mengjengah abah... dan dikala abah jatuh sakit diusia 88 tahun setiap minggu aku akan pastikan akan balik menjenguk abah... aku tidak kisah memandikan abah, membersihkan kencing berak abah... memberi abah makan kesukaannya... walaupun diketika itu abah hanya makan sesudu saje... tapi aku puas... puas kerana abah tahu aku ada disisinya...

Tapi takdir allah penentu segalanya... abah meninggal dunia tanpa aku berada disisinya.. sewaktu aku mendapat panggilan telefon dari abang aku.. aku balik ke kg dengan segera... tapi dalam perjalanan aku ke kg abah pergi meninggalkan aku selama-lamanya.... aku redha dengan ketentuan dan dugaan dari allah atas apa yang berlaku....

dan dikala ini juga aku sering berdoa kepada allah.. jika malaikat mengambil nyawa ibuku.. ambillah diwaktu aku berada disisinya... Kini... memang betul kata orang... sayangilah dan hargailah ibu bapa kita dikala dia masih ada.... hilang suami atau isteri masih boleh dicari ganti tetapi hilang ibu dan bapa kita tidak dapat dicari ganti.... So..ucapan khas untuk abah ..
"Selamat hari bapa" abah!!!!!


Ini gambar abah masa kami menyambut hari perkahwinan emak dan abah..


ini pula gambar abah masa majlis perkahwinan akak ngah aku...


ini masa majlis perkahwinan abg aku ..



dan ini adalah gambar aku bersama mak, abah dan kak ngah...( maaf ya.. gambar blerrr) sebab tak sempat nak scan.. just amik melalui kamera jer)...

9 comments:

Mamamanja June 21, 2009 at 4:04 PM  

terima kasih join contest MM, tapi syarat x cukup... lom jadik follower blog mamamanja lagi kan?

Diarihatiku1976 June 21, 2009 at 7:19 PM  

oo yer ker... sorry... i add ur link ja.. jap ekk

Puteri Satu June 22, 2009 at 12:25 PM  

alfatihah untuk abah ko....

Puteri Satu June 22, 2009 at 12:25 PM  

oh..ko ada adik ye..aku tak tahu lak... laki ke pompuan adik ko yek...?

attyfir June 22, 2009 at 12:33 PM  

alfatihah

Unknown June 22, 2009 at 3:44 PM  

Alfatihah....moga ditempatkan dikalangan umatnya yang beriman...amin...

Delimasari June 22, 2009 at 3:57 PM  

semuga abah ditempatkan org2 yang beriman. amin

CuTeMiUt78 June 23, 2009 at 2:35 PM  

eemmmm...kenangan kan.. apapun selamat memeriahkan contest ni ya...

Unknown June 23, 2009 at 10:37 PM  

sedihnya bc citer akak...
huhuhuhuhuhuhu
org yg pernah idup susah jek tau mcm mana idup org susah..... takmo nanges..huwaaaaa!!!!